Akhirnya...
Sangat subjektif dan terdedah kepada pendapat mereka yang spekulatif.
Ayat "akhirnya" tu sebenarnya status di FB aku petang tadi, sejurus membaca berita pemecatan Menteri Besar Selangor, berita yang menjawab segala teka-teki politik Selangor bulan ini..
Komen pertama dari anak murid di CFSIIUM "macam tau je..", aku tahu yang dia tahu aku minat politik. Mujur dia tahu.
Tiba-tiba Mak whatsapp aku, "Apa yang akhirnya?"
Haha, ini kelakar. Pada usia 24 tahun ni, Mak sangat sensetif dengan pergerakan dan pertuturan aku. Sejak beberapa bulan lepas Mak pesan, "dah bolehlah cari-cari dia, kena rancang dari sekarang"
Tersentap. Itu perkara yang aku dah lupa nak fikirkan beberapa bulan kebelakangan ni. Mungkin sebab sibuk.
Buat aku terfikir, adakah selama ini aku memikirkan tentang jodoh kerana aku 'kurang sibuk'? Atau kurang matang?
Akhirnya, kesimpulan yang aku boleh buat, Allah tahan jodoh kita sebab kita belum bersedia. Nokhtah.
Selama ini, istiqamah dalam doa kita, "Ya Allah temukan jodohku dengan orang yang mencintai aku dan aku mencintai dia selepas kami mencintaimu. Tuhan kami, kami memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami kepada cintaMu"
Aku selalu minta, isteri yang solehah akan menjadi milik aku. Tapi Allah sayangkan wanita yang solehah lebih dari aku yang daif ini. Allah tak akan hantar dia selagi aku belum sedia. Mungkin ini tanda doaku makbul. Alhamdulillah.
Kita kena kurangkan menjadi orang yang 'goal-oriented'. Perlu lebih menjadi 'process-oriented'.
Alhamdulillah. Aku anak yang percaya pada gut-feeling seorang yang ku panggil Mak.
No comments:
Post a Comment