Monday, 17 April 2017

Bagaimana Saya Menerapkan KBAT dalam Pengajaran Prinsip Perakaunan

Pernah dengar KBAT? Ataupun kadang-kadang orang panggil HOTS. KBAT ni bermaksud Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ataupun High Order Thinking Skills.  Kita mulai mendengar terma ini sebelum pelaksanaan peperiksaan PT3 yang menggantikan PMR.  Walaubagaimanapun, selepas 2 tahun pelaksaan PT3, KBAT juga diaplikasikan dalam SPM.

Image result for account

Kalau zaman saya mengambil SPM dahulu, sangat mudah nak 'score' SPM kerana 'pattern' soalan SPM saban tahun lebih kurang sama.  Sampai satu tahap, cikgu-cikgu boleh meramal apakah soalan yang akan keluar dan ramalan mereka biasanya tepat.  Maka ia memudahkan pelajar mencari taktik dan teknik menjawab dengan betul.  Akhirnya wujudlah budaya HAFAL, EXAM & LUPA.

Situasi itu sangatlah tidak sihat dalam budaya pendidikan negara kerana ilmu yang dipelajari seharusnya menjadi pegangan pelajar bagi mendepani masa hadapan mereka bukannya digunakan ketika peperiksaan sahaja.  Maka struktur peperiksaan dan soalannya dirombak sepenuhnya bagi mengelakkan budaya HEL itu berlaku.  Kesannya, pelajar hafal macam mana pun dia tak akan mampu menjawab soalan kerana menghafal dan berfikir adalah dua benda yang berbeza.  Justeru, usaha kerajaan ini saya sokong secara dasarnya.

Image result for KBAT

Persoalannya adalah bagaimana kita mahu menerapkan KBAT ini dalam proses P&P?  Amat malang sekali masih ada guru yang gagal memahami roh KBAT ini.  Mereka masih kekal di takuk yang lama dengan menggunakan cara latih tubi.  Mereka masih percaya sekiranya pelajar membuat soalan berulang-ulang kali, mereka akan ingat cara jawab soalan dengan betul.  Walhal, tiada jaminan soalan SPM akan sama dengan soalan latih tubi itu.

Di dalam kelas saya, pelajar akan dikuatkan dengan asas perakaunan terlebih dahulu.  Tanpa tapak yang kukuh dan 'piling' yang mendasar, bangunan akan runtuh walaupun dibina dengan besi tahan karat sekali pun.  Begitu juga dengan pelajar, tanpa asas perakaunan yang kuat, bagilah latihan sebanyak mana pun, mereka tak akan faham apa yang mereka belajar.  Tanpa kefahaman bermakna pelajar akn mula menghafal.  Menghafal maknanya tiada KBAT diaplikasikan, ingat hukum ini.

Related image

Kedua, pelajar perlu dilatih untuk mengaitkan asas akaun yang ditanam di minda mereka dengan tajuk yang mereka sedang pelajari.  Apabila mereka ada kebolehan ini, mereka akan faham kenapa catatan itu didebitkan dan dikreditkan.  Di sinilah kemanisan belajar akaun akan dapat dirasakan pelajar.

Ketiga, pelajar perlu didedahkan dengan hubungan dan kaitan antara bab.  Mereka perlu tahu bab Imbangan Duga ada kaitan dengan Lejar. Lejar pula ada hubungan dengan Buku Catatan Pertama. Sekiranya mereka nampak kaitan ini, proses pemahaman akan jadi lebih mudah. Pelajar akan lebih seronok belajar kerana mereka faham apa yang mereka nak dapatkan dengan belajar akaun.

Keempat, guru mesti mengaitkan pelajaran dengan isu-isu semasa ataupun bagaimana tajuk yang dipelajari diaplikasikan di dunia sebenar.  Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk Syarikat Berhad, saya akan memberikan contoh syarikat berhad di Malaysia.  Saya akan menceritakan serba sedikit tentang Bursa Malaysia dan tujuan seseorang melabur dalam syarikat berhad.  Jangan terkejutlah kalau ada pelajar tak tahu Petronas tu adalah syarikat berhad, kerana mereka tak pernah diberitahu oleh cikgu yang hanya fokus mengajar cara menjawab soalan.

Related image

Guru-guru harus faham, dunia murid kita bukan hanya di kelas sahaja.  Mereka juga seperti kita, menonton TV, bermain, membaca surat khabar dan berborak dengan kawan-kawan.  Alangkah indahnya sekiranya murid-murid kita melalui kehidupan tersebut, pada masa yang sama apa yang dipelajari di kelas juga akan dikaitkan.  Contohnya, mereka terbaca berita tentang hutang yang membelenggu syarikat milik kerajaan.  mereka hanya akan berminat untuk membaca sekiranya mereka faham berita itu. Macam mana nak faham? Itulah kerja guru! Kaitkanlah pembelajaran tu dengan dunia luar, barulah murid kita akan 'triggered' untuk 'explore' lebih.

Di situlah KBAT akan diterapkan pada minda murid-murid kesayangan kita.  Guru dulu perlu ada KBAT. Baru boleh 'mengKBATkan' anak murid.

Sekian untuk kali ini, entah bila saya akan menulis lagi. Haha.

No comments:

Post a Comment