Rasanya baru semalam aku cerita kat kelas form 5 berkenaan virus Varicella Zoster yang menyebabkan penyakit cacar air ataupun kita biasa panggil chickenpox.
Sesetengah antibodi dalam badan kita tidak alert dengan patogen yang menyerang tubuh kita. Masa tu, doktor akan bagi vaksin untuk merangsang tindak balas antibodi dalam badan. Antibodi tu akan terus berjaga-jaga kot2 virus chickenpox tu datang lagi.
Sampai satu tahap, antibodi tu akan lemah semula. Masa ni lah virus Varicella Zoster akan datang semula. Tapi kali ni, chickenpox akan datang dalam bentuk yang lain. Ia dipanggil shingles ataupun orang melayu panggil kayap ular.
Ngeri bunyinya kan? kenapa ular? sebab ia akan merebak mengelilingi badan macam belitan ular. Tu je sebabnya.
Kesal juga dengan doktor pertama aku jumpa. Ambil ringan sangat, cek lebih kurang dan cakap ia adalah ruam biasa. Terbang RM30 aku! Rakyat Malaysia dalam bahaya sebab wujud doktor cacamarba macam ni.
Hari ni aku pergi Klinik Damai kat seksyen 7, Shah Alam tu. Doktor dia memang pakar kulit. Tak apalah bayar mahal sikit asalkan puas hati. He explained so academically. Since, the problem is nearly related to my teaching at school, I feel the cost is worthwhile. Isnin ni boleh share dengan my students.
Doktor bagi MC dua hari. Aku terus balik lepas inform pengetua. Hmm my school routine was really wonderful experience I ever had, so that I not feel so happy even dapat cuti.. wahaha.. gila!
bye..bye...=) nak tidur
No comments:
Post a Comment