Friday, 24 January 2014

'Ground Rule' dalam Mendidik

Di sekolah kami, ada 8 'ground rules'. Antaranya kena berjalan dengan sopan, memasukkan kerusi di bawah meja, membawa buku dengan betul dan lain-lain.  Remeh bukan? Namun ia sangat penting.

Kadang-kadang aku berasa kasihan melihat adik-adik pelajar yang dah bersekolah menengah, tapi masih lagi diajar dengan benda-benda remeh. Bukan umur dan naluri mereka sekiranya mereka dimarahi atau dibebelkan.

Namun, itu tugas kami mengajar mereka.  Jangan terkejut, ada pelajar SPM tapi tak pandai sapu sampah.  Apatah lagi kalau suruh basuh pinggan, habis lantai berlondangkan air.

Ground rules ni patutnya kena diajar pada tahun pertama persekolahan peringkat rendah.  Tetapi pelajar yang masuk ke sekolah ini  tak semestinya bersekolah rendah di sini.

Itulah silapnya sistem pendidikan kita.  Pendidikan hanya tertakluk kepada buku teks semata-mata.  Buku teks mana yang cerita cara sapu sampah, basuh pinggan, cara berjalan ataupun cara membawa buku? Kalau ada, sudi saya belikan untuk murid-murid saya.

Ibu bapa berperanan penting.  Jangan serahkan segala-galanya kepada guru.

Walaupun masih bujang dan belum beranak, jika di kampung, saya sendiri yang mengejut adik-adik.  Suruh mereka sarapan dan mengemas rumah.  Pembahagian kerja dilakukan. "Iwan dan Tira kemas luar, Ikin kemas ruang tamu!"

Rutinnya di kampung, saya yang memasak setiap hari.  Sebelum dan selepas memasak, saya arahkan adik-adik saya mengemas dapur. Jika tak kemas, tak boleh makan! Walhal saya boleh buat sendiri semua tu.  Tetapi pendidikan itu bermula dari rumah, saya tahan tangan saya untuk lakukan semua.

Kesannya, apabila dah besar, adik-adik sendiri yang buat.  Tak perlu lagi disuruh.  Sekarang Ikin pulak yang jadi 'mandur'nya.  Saya follow up sahaja.

Walaupun rumah tu kerap berselerak. Tapi at least, penghuninya tahu buat kerja.

Bijak pandai selalu berkata:

"Tugas ayah untuk mendidik anak bermula sejak memilih calon isteri"

Kalau macam tu sekali maksud mendidik, adakah wajar ibu dan ayah berkata "alah, nanti cikgu ajarlah semua tu dekat sekolah"

TAK WAJAR!

No comments:

Post a Comment