Saturday, 25 January 2014

Perokok yang Suka Buat 'Havoc'

"Ulwan (bukan nama sebenar), awak kat luar sekolah hisap rokok tak?". Aku bertanya rambang pada seorang pelajar sebelum solat zuhur.  Sekadar mengikut fatwa hati.

Ulwan terdiam sejenak.  Memikirkan jawapan yang patut lagaknya. "Hmm merokoklah jugak cikgu"

"Ayah tau?"

"Tahu, tapi saya tak lah selalu sangat". Jawab Ulwan.

Alhamdulillah.  Walaupun ada bait kecewa dalam hati aku, sekurang-kurangnya aku lega murid aku tak menipu dan jujur dengan aku.

"Awak kena cari cara untuk berhenti, demi diri sendiri ye". Dia tersengih je menamatkan perbualan kami. Bilal pun iqamah.

Esoknya 'havoc' kat bilik guru, 3 orang pelajar kami ditangkap merokok depan sekolah.  Diorang merokok di rumah-rumah flat.  Termasuklah ulwan tu tadi.

Ceh! baru aku tanya semalam. Memang betul 'gut feeling' aku ni. haha.

Merokok bukanlah menandakan kita jahat.  Tapi ia sangat berbahaya kepada bangsa.  Apa akan jadi pada usia anak-anak bangsa kita ni.  Mereka ni adalah wajah negara pada masa depan.  Tambahan pula hukumnya haram.  Memang ada ulama memfatwakan ia makruh, tetapi kebanyakannya ulama yang hidup sebelum zaman teknologi lagi.  Mungkin mereka tidak tahu bahaya sebenar merokok.

Hukum haram lagi kuat di sini.  Janganlah jadikan pelbagai alasan untuk buat dosa.

Aku dulu pun tak lari daripada rasa ingin mencuba.  Dalam banyak benda yang aku nak cuba, rokok je yang paling aku tak suka.  Wujudkan rasa benci pada rokok.  Contohnya aku akan cakap rokok ni bau busuk! Walaupun tak lah busuk macam taik. Lama-lama betul-betul rokok ni busuk pada aku.

Kalau kawan isap rokok, buat-buatlah batuk.  Walaupun kita 'immune' je dengan asap rokok tu.  Sekarang, kalau kena asap rokok memang aku terbatuk sendiri.  Kawal psychology kita ya.

Sebelum cuba rokok, aku fikir pasal anak bini aku nanti.  Rokok mengandungi 'chemical' beracun yg mampu mencacatkan anak dalam perut isteri.  Tambahan, orang yang menghidu asap rokok, berisiko untuk sakit lebih daripada seorang perokok tu sendiri.

Aduh, lelaki romantik mana boleh bunuh anak isteri sendiri. kan!

Ketagihan merokok ada ubatnya.  Ubatnya ialah iman kita.  Jangan berhenti mendadak.  Reduce kekerapan merokok tu gradually.  Buatlah jadual.  Tulis matlamat kita tu. Rekodkan kekerapan kita merokok.

Ganti rokok dengan 'chewing gum' atau gula-gula.  Ni tak, rokok diganti dengan e-rokok.  Bodohnya kau kalau percaya.  Dahlah merokok, bodoh pulak tu.

Opsss..bye

No comments:

Post a Comment