Tuesday, 19 August 2014

Kepada Murid Ungkal

"Awak gagal trial kali ni, sila cari cikgu yang baru, yang lagi bagus daripada saya"

"Cikgu tak suka ajar saya ke?"

Hmm memanglah kasar. Tapi semua itu untuk kebaikan mereka. Cikgu mana yang tak sedih tengok anak murid datang ke kelas dengan kepala yang kosong, walhal itu bukan kelas pertama. Entah dah berapa puluh kelas awak datang, tapi awak masih sama seperti yang saya jumpa mula-mula dulu.

Contoh kisah dulu
Ada seorang guru sufi melihat muridnya sedang termenung jauh menghadap lautan biru. Beliau tersenyum, terdetik untuk menguji anak murid yang telah berguru dengannya bertahun lamanya.

"Anakku, cerita kepadaku apa yang engkau fikirkan sekarang" sapa si guru.

Sang murid tersentak, tapi tetap menjawab, "aku terfikir, musim tengkujuh seperti ini sudah pasti harga ikan melambung naik".

Maka kecewalah guru sufi tersebut. Yang diajarkan ilmu kesufian tetapi muridnya berfikir macam orang belajar ekonomi. Haha.

Marah dan kecewa
Kasarku membawa maksud. Aku taknak mana-mana muridku yang menuntut ilmu tanpa sebarang tujuan dan tidak faham apa itu nilai tambah. Kosong. 

Cikgu mana yang tak marah? Setiap kali murid datang kelas, "Cikgu, nak nota baru, nota minggu lepas tertinggal"

"Cikgu ada kertas kosong? saya tak bawak buku tulis"

Tak kurang, ada yang suka termenung, tunggu orang lain kirakan jawapan untuk dia. Fyi, aku ajar akaun. Dah tentu kalkulator kena ada.

"Awak bakal akauntan, tapi kalkulator tak bawak!!!!!"

Kebodohan apakah itu? Nampak sangat datang kelas kosong, tak ada niat pun nak belajar.. Ini generasi yang tak faham kalau kau cakap sopan.

"Kalau rasa awak datang kelas saya tak dapat apa-apa, alangkah baik kalau awak tak ada kat sini. Pergi keluar dan buat benda yang buat awak seronok. Tempat awak bukan di sini"

3 tahun dulu
Sejujurnya, aku rindu murid batch pertama aku mengajar dulu. 3 tahun lepas. Mereka jarang menyusahkan cikgu. Aku masih ingat aku demam masa dalam kelas. Suara dah hilang, tapi aku gagahkan juga mengajar. Tapi diorang masih tekun dengar dan semuanya faham. Mereka rajin bergurau tapi tak hilang rasa hormatnya.

Tiap-tiap minggu aku kena datang kelas awal sejam, sebab mesti ada punya yang data untuk berbincang soal pelajaran. Suasana yang dah pupus.

Kelmarin, aku jumpa seorang antara mereka di masjid. Lepas imam selesai berdoa, aku duduk sejenak, cari ketenangan dengan melihat telatah manusia. Dari jauh dia datang menyapa aku. Allah, sejuknya hati apabila ada anak murid masih ingat, walhal nama dia pun aku ingat-ingat lupa.

2 tahun lepas aku pernah berjumpa pelajar yang sama. Dia menunggang motor memintas aku yang tengah berjalan kaki. Nampak je aku, terus dia patah balik sebab nak bersalam. "Cikgu, terima kasih ajar saya, saya dapat A, lupa nak bagi tau cikgu"

Cabaran
Entah mengapa, makin lama makin susah mengurus generasi ini. Mereka tak mahu berubah. Maka dengan kudrat yang ada cikgu yang terpaksa mengalah dan mengubah diri. Merangkak-rangkak aku masuk ke alam mereka.

Cara yang berjaya meng'A'kan pelajar tahun lepas akan menjadi lapuk dengan cepat dan tidak lagi berkesan pada tahun ini.

Belum kira ada yang mempersendakan kau kat kelas, ketawakan cikgu.. Kau ingat aku adik kawan kau?

Semoga Allah kuatkan aku dan semua guru.

Menjalani hdup seperti biasa

1 comment: