Akhirnya...
Sebelum ni aku pernah cerita yang cita-cita besarku mahu memiliki sekolah atau institusi pendidikan sendiri. Aku minat berniaga, dan aku minat juga mendidik. Untuk meraikan minat kurniaan Allah ini, aku nak gabungkan bisnes dan pendidikan.
What! Mana boleh gabungkan pendidikan dengan perniagaan! Hilang roh pendidikan tu.
Pada aku pandangan itu salah. Jika betul roh pendidikan itu hilang kerana ia diniagakan, maksudnya perniagaan itu sendiri yang tak betul. Perniagaan yang sebenar haruslah memberi keuntungan kepada pemilik dan umat. Perniagaan tidak bermotifkan keuntungan dunia semata-mata tetapi keuntungan akhirat itu diutamakan.
Bahkan Allah mengibaratkan agama ini sebagai perniagaan yang tidak akan rugi.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu
hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Saff: 10-11)
Balik kepada tajuk asal.. Akhirnya tertubuh perniagaan baru aku dan rakan kongsi, Faiz pada tarikh 8/8/14 hari Jumaat. Kami namakan perniagaan ini Genius Gen Consultancy dimana ia bertujuan untuk mengumpulkan mereka yang berminat untuk mencari rezeki dalam bidang pendidikan. Kami mahu kumpulkan mereka mulai sekarang demi menyelesaikan misi syarikat kami.
Untuk ada sekolah sendiri, modal yang paling penting ialah gurunya. Aku harap ini titik mula untuk aku mengumpulkan guru-guru yang hebat dan sanggup jatuh serta bangun bersama kami.
Mudah-mudahan..
No comments:
Post a Comment