Sunday, 7 September 2014

Bagaimana Kita Berfikir?

Baiklah, hari ni kita buat revision Penyata Pendapatan..Penyata Pendapatan adalah bla bla bla.....

Murid 1:

Cikgu panjangnya formula Penyata Pendapatan. Benci!

Murid 2:

Cikgu ada tips nak hafal formula tak?

Murid 3:
Cikgu saya dah hafal formula penyata pendapatan!

Murid 4:
Cikgu, saya dah boleh buat, tapi saya tak faham apa tujuan akauntan sediakan penyata pendapatan?

Ini adalah empat situasi yang aku pernah dengar dalam kelas.

Kalau murid ada sepuluh, murid 1 ada lima, murid 2 ada tiga, murid 3 ada dua dan murid 4 ada satu.

Murid 4 paling menyejukkan dan melegakan cikgu.  Dari hari pertama jumpa murid, aku berdoa aku akan jadikan mereka murid 4 pada hari terakhir aku mengajar mereka. Oh Allah, mudahkan hamba.

Murid 1 paling menyesakkan jiwa, lagi-lagi kalau dua bulan lagi nak exam, murid ni masih wujud lagi.

Murid 3 paling merisaukan. Adakah ilmu ini akan memanfatkan mereka selepas exam?

Murid 2 ni robot. Harapan tipis nak survive dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Cara Berfikir

Aku rasa, dugaan paling mencabar bukanlah untuk 'A'kan pelajar. Tetapi mengajar mereka bagaimana cara untuk berfikir dengan betul.

Tugas guru bukanlah menunjukkan apa yang pelajar kena fikir, tetapi mengajar cara bagaimana mereka harus berfikir.

Tapi, bila pergi sekolah, cikgu lain paksa mereka hafal formula. Jumpa aku, aku suruh mereka faham formula. Kesian mereka.

Sekali air bah, pantai akan berubah.  Dunia ini bagaikan dasar lautan Hindi, berubah setiap saat dalam badai yang sangat ganas. Masakan pelajar yang jumud dengan teori boleh berfikir dengan betul andai dunia ini menguji mereka? Hanya mereka yang taktikal boleh survive dalam dunia ni.

Boikot 

Ada tengok video sekumpulan pelajar yang mempermainkan pekerja McD dalam 'musim boikot' yang lepas? Tak salah kalau aku cakap, mereka adalah murid 1,2 dan 3.

Apabila kita kata boikot, mereka rasa tindakan mempermainkan itu adalah aras boikot tertinggi. Mereka tidak faham apa matlamat boikot itu.

SMS berantai

Pernah dapat SMS berantai? yang tukang sebar tu semua murid 1,2 dan 3. Tak pandai fikir dan selalu tertipu dengan helah orang.

Maka bersyukurlah kalau kau tak berfikir macam murid 1, 2 dan 3. Jadi murid ke 4.

Cikgu doakan






No comments:

Post a Comment