Assalamualaikum.. Dah lama juga rasanya aku takdrop something kat diari ni. Masyaallah kesibukan menjerut tengkuk aku, sampai aku terlupa kewujudan diari ni. hehe. By the way alhamdulillah, tempoh kesibukan itu telah aku lalui dengan jayanya.
Banyak perkara dah terjadi sejak 2 bulan lepas.. Seperti yang aku pernah cerita, aku dah menamatkan perkhidmatanku sebagai guru di Safinah. Alasan yang aku berikan, aku mahu fokus kepada study aku. Kadang-kadang malu juga, aku selalu mengelak menghadiri apa-apa meeting, kerja lebih masa dan kelas tambahan di sekolah. Bukan sengaja, tetapi keperluan pengajianku terpaksa diutamakan. Kewujudan aku kat sekolah tu hanya akan menyusahkan rakan guru lain. Baik aku undur diri.
Nak jadi cerita, kalau dah berhenti sekolah tu maknanya hilanglah satu sumber pendapatan aku. Aku tawakkal ajelah pada Allah. "Mudah-mudahan rezeki yang ada diberkati, panda-pandailah aku berjimat", kata naluri.
Seminggu je aku berhenti sekolah, CFSIIUM call aku, offer untuk hadir interview sebagai partime lecturer. MasyaAllah! Rupa-rupanya kesedihan aku kerana berhenti sekolah ada hikmahnya. Allah dah bagi yang lebih baik. Aku pergi interview pada minggu yang sama. Mak oii, aku buat micro teaching depan 4 lecturers. 2 orang daripada mereka ialah ex-lecturer aku dulu.
Walaupun dah biasa present kat kelas, kali ni gugupnya lain macam. Adalah juga 2 3 kali tersasul. Diorang ketawa je bila tengok aku selamba cover macho bila tersalah cakap. Haha.. FYI, interview tu untuk subjek accounting dan economics.
Alhamdulillah, minggu depannya,Miss Ahda call aku memberi khabar gembira bahawa aku telah diterima menjadi tenaga pengajar CFSIIUM. Walaupun hanya partimer, tapi Tuhan je tau perasaan aku. Gembira kerana aku kembali semula ke CFSIIUM yang aku tinggalkan 6 tahun dulu sebagai guru.
Lagi satu,kalau dah Allah nak bagi rezeki tidaklah kemana. Berhenti je aku dari sekolah, ada 3 orang students contact aku nak buat hometuition. 3 orang tu maknanya dah boleh cover balik gaji yang sekolah bagi hoi..haha.. tapi aku tolak 2 orang, seorang je aku sanggup, sebab kekurangan masa. Pasal budak yang sorang ni, aku akan cerita pada post yang akan datang. InsyaAllah
senang hati...
No comments:
Post a Comment