Tuesday, 4 February 2014

Tempat Kerja Aku

Setiap kali balik kampung, semua orang tua kat kampung ni akan tanya, "dah abes belajar ke?". Walaupun aku balik 3 kali, 3 kali jugalah mereka bertanya soalan sama. Haha

Dah 6 bulan aku habis belajar. Sekarang sedang bekerja, dan dah nak sambung belajar semula dah. Insya-Allah bermula Mac ini.

Itu pembelajaran formal. Secara tidak formalnya, aku belajar mengurus sekolah di Sekolah Integrasi Safinatun Najah, Shah Alam.

Sekolah kami

Guru perempuan


Guru lelaki

Tekad aku, dalam masa 6 tahun dari sekarang, aku akan ada sekolah sendiri. Sudah tentu cita-cita besar ini menuntut ilmu dan pengalaman yang luas.

Di sekolah ini, aku belajar, walaupun sebenarnya aku ialah pengajar. Aku belajar bagaimana mengurus sebuah sekolah, apakah approach yang aku perlu tahu, apakah kekuatan dan aset yang mesti kena ada, apakah kelemahan yang mesti dielakkan, apakah cabarannya dan sebagainya.

Daripada sekecil-kecil benda, sampailah sebesar-sebesar isu.

Aku mahukan network yang kuat. Dengan guru-guru, ibu bapa dan paling penting dengan anak didik.

Aku sentiasa kongsikan cita-cita aku kepada mereka. "Suatu hari nanti, cikgu nak ada sekolah sendiri"

"Korang gembira tak pergi sekolah?"

Ada yang mengangguk, tapi ramai yang menggeleng.

"Cikgu ada cita-cita besar, cikgu nak semua murid yang datang sekolah cikgu nanti sentiasa gembira"

Semua teruja, "Nanti saya hantar anak saya ke sekolah cikgu!"

Itu marketing strategy namanya..hehe

Di sekolah, aku mengajar matematik, ekonomi dan sains. Paling kurang 40 jam seminggu. Jumlah bekerja yang mampu meragut kualiti. Itupun kalau cikgu lemah.

Setakat ni aku kuat lagi bekerja di sini. Kualiti di kelas aku utamakan. Cikgu lain? Entahlah. Di sini bukan tempat untuk aku jadi kompetitif.

Gaji? kalau aku utamakan kekayaan, aku tak datang sini.

Selain itu, aku kena urus kokurikulum. Sangat sakit kalau kau bercita tinggi sorang-sorang, tapi orang lain bekerja macam tikus yang offer diri untuk baiki labu. Apa-apa pun aku kena tunjuk Kelab Rekreasi yang aku jaga jadi kelab terbaik. Sebab aku penasihat kelab tu.

Aku juga kena assist student mengaji quran.

Kadang-kadang aku kena tolong di tadika.

Walaupun banyak kerja nak kena buat, kegembiraan tu kita yang kawal. Buat jelah kerja sambil senyum dengan gembira walaupun kau penat. Maka kau akan gembira.

Ini Raisah, ataupun bahasa Melayunya Pengetua





Walaupun orang kata beliau ni garang, tapi aku ni positif. So aku anggap macam mak aku je yang membebel. Kan sedap dengar mak membebel? hehe

Banyak benda beliau ajar kat aku, dan beliau tahu cita-cita aku apa. Maybe sebab tu dia rajin kongsi experience dia kot.

Selain sekolah ni, aku kerja part-time jadi tutor di Gemilang Smart, Math Clinic dan home-tutor kat 4 orang murid, maybe tu lain kali boleh cerita kot.

Mengantuk, byeee

13 comments:

  1. Assalamualaikum, macammana ye nak apply untuk guru sekolah ini?

    ReplyDelete
  2. Wassalam w.b.t Cik Ainin Sofia boleh cuba drop resume di email sekolah safinatunnjh@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum. Boleh sy dapatkan contact tuan? Ada sedikit urusan. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nombor whatsapp sy 013-5016312. Harap dapat contact sy segera.. Tq :)

      Delete
    2. Ni nombor whatsapp sy 013-5016312. Harap dapat contact sy segera.. Tq :)

      Delete
  4. Assalammualaikum. Boleh sy dapatkan contact tuan? Ada sedikit urusan. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy x perasan komen cik.. mohon email saya di fadzlybasar@gmail.com sekiranya masih berurusan

      Delete
  5. Assalamualaikum. Cikgu. Boleh beri akamat website skolah ni? Saya try buka nak dptkn maklumat tp x dapat buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, tak sure pasal website..tapi ni link fb nya https://www.facebook.com/safinatunnjh/

      Delete
  6. En fadly dh tak mengajar di sekolah ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni dah tak mengajar di sana. Kepakaran saya diperlukan ditempat lain. sy mengajar ekonomi di asasi uia dan prinsip akaun di banyak pusat tuisyen

      Delete
  7. sekarang tahun ke enam saya di sini... tak lama lagi saya akan berpindah

    ReplyDelete