Dah 6 bulan aku habis belajar. Sekarang sedang bekerja, dan dah nak sambung belajar semula dah. Insya-Allah bermula Mac ini.
Itu pembelajaran formal. Secara tidak formalnya, aku belajar mengurus sekolah di Sekolah Integrasi Safinatun Najah, Shah Alam.
![]() |
Sekolah kami |
![]() |
Guru perempuan |
![]() |
Guru lelaki |
Tekad aku, dalam masa 6 tahun dari sekarang, aku akan ada sekolah sendiri. Sudah tentu cita-cita besar ini menuntut ilmu dan pengalaman yang luas.
Di sekolah ini, aku belajar, walaupun sebenarnya aku ialah pengajar. Aku belajar bagaimana mengurus sebuah sekolah, apakah approach yang aku perlu tahu, apakah kekuatan dan aset yang mesti kena ada, apakah kelemahan yang mesti dielakkan, apakah cabarannya dan sebagainya.
Daripada sekecil-kecil benda, sampailah sebesar-sebesar isu.
Aku mahukan network yang kuat. Dengan guru-guru, ibu bapa dan paling penting dengan anak didik.
Aku sentiasa kongsikan cita-cita aku kepada mereka. "Suatu hari nanti, cikgu nak ada sekolah sendiri"
"Korang gembira tak pergi sekolah?"
Ada yang mengangguk, tapi ramai yang menggeleng.
"Cikgu ada cita-cita besar, cikgu nak semua murid yang datang sekolah cikgu nanti sentiasa gembira"
Semua teruja, "Nanti saya hantar anak saya ke sekolah cikgu!"
Itu marketing strategy namanya..hehe
Di sekolah, aku mengajar matematik, ekonomi dan sains. Paling kurang 40 jam seminggu. Jumlah bekerja yang mampu meragut kualiti. Itupun kalau cikgu lemah.
Setakat ni aku kuat lagi bekerja di sini. Kualiti di kelas aku utamakan. Cikgu lain? Entahlah. Di sini bukan tempat untuk aku jadi kompetitif.
Gaji? kalau aku utamakan kekayaan, aku tak datang sini.
Selain itu, aku kena urus kokurikulum. Sangat sakit kalau kau bercita tinggi sorang-sorang, tapi orang lain bekerja macam tikus yang offer diri untuk baiki labu. Apa-apa pun aku kena tunjuk Kelab Rekreasi yang aku jaga jadi kelab terbaik. Sebab aku penasihat kelab tu.
Aku juga kena assist student mengaji quran.
Kadang-kadang aku kena tolong di tadika.
Walaupun banyak kerja nak kena buat, kegembiraan tu kita yang kawal. Buat jelah kerja sambil senyum dengan gembira walaupun kau penat. Maka kau akan gembira.
Ini Raisah, ataupun bahasa Melayunya Pengetua
Walaupun orang kata beliau ni garang, tapi aku ni positif. So aku anggap macam mak aku je yang membebel. Kan sedap dengar mak membebel? hehe
Banyak benda beliau ajar kat aku, dan beliau tahu cita-cita aku apa. Maybe sebab tu dia rajin kongsi experience dia kot.
Selain sekolah ni, aku kerja part-time jadi tutor di Gemilang Smart, Math Clinic dan home-tutor kat 4 orang murid, maybe tu lain kali boleh cerita kot.
Mengantuk, byeee
Assalamualaikum, macammana ye nak apply untuk guru sekolah ini?
ReplyDeleteWassalam w.b.t Cik Ainin Sofia boleh cuba drop resume di email sekolah safinatunnjh@gmail.com
ReplyDeleteAssalammualaikum. Boleh sy dapatkan contact tuan? Ada sedikit urusan. Tq.
ReplyDeleteNi nombor whatsapp sy 013-5016312. Harap dapat contact sy segera.. Tq :)
DeleteNi nombor whatsapp sy 013-5016312. Harap dapat contact sy segera.. Tq :)
DeleteAssalammualaikum. Boleh sy dapatkan contact tuan? Ada sedikit urusan. Tq.
ReplyDeletemaaf sy x perasan komen cik.. mohon email saya di fadzlybasar@gmail.com sekiranya masih berurusan
DeleteAssalamualaikum. Cikgu. Boleh beri akamat website skolah ni? Saya try buka nak dptkn maklumat tp x dapat buka
ReplyDeleteWassalam, tak sure pasal website..tapi ni link fb nya https://www.facebook.com/safinatunnjh/
DeleteEn fadly dh tak mengajar di sekolah ni ke?
ReplyDeleteBuat masa ni dah tak mengajar di sana. Kepakaran saya diperlukan ditempat lain. sy mengajar ekonomi di asasi uia dan prinsip akaun di banyak pusat tuisyen
Deletesekarang tahun ke enam saya di sini... tak lama lagi saya akan berpindah
ReplyDeletekita kenal ke cikgu?
Delete