Friday, 31 January 2014

Usha Mak-mak Kampung

Semalam ada kenduri tahlil, jiran sebelah. Arwah Pak Aman meninggal dunia..

7 malam kendurinya. Tiada apa yang mahu dibanggakan dengan kenduri tahlil. Ia boleh jadi bidaah hasanah, ia juga boleh jadi bidaah dholalah kalau silap cara dan kepercayaan.

Semalam makan laksa Johor. Sedap kuahnya, cuma spageti yang diguna mungkin terlebih celur. Agak lembik. Makan macam bubur je walaupun sedap.

Tapi aku diam je. Jemaah lelaki pun diam je. Jaga akhlak depan makanan, jaga akhlak menjadi tetamu.

Lepas orang lelaki ambil makanan, keluar pula tetamu perempuan. Giliran mereka mengambil makanan. Begitulah masyarakat Melayu desa menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Penuh kesantunan.

Aku perhatikan kaum ibu dari jauh. Nampak je spageti lembik tu, bibir seorang demi seorang terkumat-kamit. Tak ku dengari. Cuma telahan awal aku, mereka tengah bergosip sebab spageti terlembik.. haha..

Tak kurang pula yang berbisik-bisik.

Ada juga yang tersenyum sinis.

hahaha. Memerhatikan tingkah laku manusia, adalah cara belajar yang baik. Cuma jaga hati jangan berburuk sangka dan prejudis.

Beza lelaki dan perempuan. Perbezaan suatu rahmat.. tatata

No comments:

Post a Comment