Kononnya nak bertolak pukul 2 pagi, akhirnya aku gerak lepas subuh jugak. Melayankan mata dan fikiran yang sangat letih. Alhamdulillah dah tiba di kampung halaman jam 9.30 pagi...
Hmmm... aroma anginnya berbeza dengan kota.
Kali kedua solat Jumaat di sini dalam masa 2 tahun. Dah 7 tahun rupanya merantau di negeri orang.. cewaahh macam pergi oversea plak ayat aku..hewhew
Bosan tau drive kereta sorang-sorang. Kalau tak kerana tiket habis, aku dah naik bas dah. Jimat pun jimat.
Satu je cara untuk singkatkan perjalanan adalah dengan berkhayal ketika memandu. Mata masih fokus atas jalan tapi fikiran je melayang.
Aku ada banyak sangat benda nak buat dalam hidup yang singkat ni.
Aku minat memasak, so aku nak buka restoran sendiri. Restoran tu mestilah bertaraf 5 bintang, tapi harganya 3 bintang. Sebab nak bagi orang miskin merasa makan macam orang kaya.
Aku minat mengajar, aku nak buka sekolah sendiri. Sekolah tu akan bagi kebebasan terkawal sepenuhnya kepada pelajar. Cikgunya mesti berkualiti, tidak diganggu dengan urusan perkeranian. Aku nak ada jenama pendidikan sendiri. Bebas daripada cengkaman politikus yang hanya mahu dikenang setelah mati. Sekolah yang bukan hanya mencemerlangkan akademik pelajar, tapi juga menterbilangkan sahsiah dan employability mereka. Di situ mereka akan belajar bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri tanpa menghilangkan rasa hormat kepada penyapu sampah. Mereka akan belajar berenang, memanah dan berkuda. Dilatih oleh guru kokurikulum yang tidak akan diganggu dengan jadual di dalam kelas. Pada waktu malam, mereka akan bangun qiyamullail, waktu petang mereka akan keluar beriadah, hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti lasak dan kemanusiaan. Anak-anak sekolah aku mesti akan menangis kerana terpaksa meninggalkan sekolah yang mereka sayang.
Aku sedih melihat sekolah menjadi igauan ngeri kepada pelajar. Sistem apakah ini?
Aku suka aktiviti melancong dan mencabar, aku nak travel satu dunia. Tapi dengan gaji sekarang aku tak mampu lagi kot.
Hari-hari tua aku, akan ku penuhi dengan aktiviti kemanusiaan. Ambil anak yatim untuk tinggal di rumah sendiri. Beri mereka kehidupan sebelum 'kematian' mereka. Agar mereka mereka memberi aku 'kehidupan' selepas kematian aku.
Terlalu banyak benda aku nak buat.. banyak sangat.. kadang-kadang aku letih dengan cita-cita sendiri..
Mungkin perlu ditulis dan dirancang dengan teliti. Mungkin kena fokus satu-satu, dah berjaya baru buat yang lain.
Perlukan doa teman.. tatatata
Kalau tercapai cita2 buka sekolah sendiri, saya nak apply jadi cikgu boleh? :)
ReplyDeleteMasya Allah..saya memang aim, nak kumpulkan orang-orang hebat UIA macam qur n kawan2 =)
ReplyDelete