Hmm aku nak cakap sikit pasal makan.
Dari kecik lagi mak ayah dah ajar, makan jangan berbunyi. Tak beradab kalau makan berbunyi. Nak hirup kuah pun kena senyap-senyap.
Nak makan mi pun jangan bunyii sluuurrrrrpppppppppp. Maka maggi 'slurp' tu maggi paling tak beradab sekali..haha..
Nak mengunyah tu mulut kena tutup, jangan bagi terbuka, kalau tak nanti keluarlah bunyi yang tak menyenangkan.
Rimas tau tak?
Nasib baiklah awok makan depan aku, kalau makan kat hotel 5 bintang camtu kan malu.
Btw, walaupun makan dalam rumah, akhlak tu biarlah 5 bintang. Kan cantik anak cucu Nabi s.a.w.
Aku suka makan pakai tangan, sebab makanan tu akan jadi lebih sedap. Lagipun sunnah Nabi kan?
Tapi kalau aku, ada kelas, event, atau nak jumpa sesiapa, aku akan makan guna sudu. Bukannya apa, taknak tangan berbau kari atau belacan yang aku makan tu.
Kang murid cium tangan cikgu, bersin budak tu nanti. haha.
Pernah je kawan yang konon pendokong sunnah ni marah aku. "hoi makan pakai tanganlah. Sunnah tu!"
Memanglah makan pakai tangan tu sunnah, tapi memuliakan orang lain, tak menggangu orang lain dengan bau yang tak menyelerakan tu bukan setakat sunnah, tapi wajib hukumnya.
Semua orang nak ikut cara Nabi, tapi taknak ikut cara Nabi berfikir. So sad.
Btw, walaupun kadang-kadang aku makan pakai sudu, tangan tetap dibasuh, habis makan tetap hisap jari. Walaupun tiada sisa makanan pada jari. Kan sunnah kan?
Secara saintifiknya, jari kita mempunyai enzim yang berupaya membantu proses pencernaan. Sebab tu Nabi s.a.w hisap jari lepas makan.
Nabi adalah saintis yang hebat.
Jangan jadi pengotor...byeee
No comments:
Post a Comment