Bosannya! Hari-hari telinga kena tadah cerita buruk yang sama.
Baru-baru ni heboh 3 pelajar kami ditangkap merokok. Siap dapat tangkap gambar lagi.
Semalam havoc pula pelajar asrama fly out. Pelaku yang sama. Mungkin dah gian sangat nak 'berasap', dia pegi turun keluar lalu tingkap sekolah, guna batang paip kumbahan untuk turun bawah.
Kalau mati, syahid kau dik.
Cerita ketiga, dua pelajar kantoi asyik dating, berutus surat, ber'baby-baby' bagai.
Lelaki tu pelajar baru. Tak sampai sebulan kenal, dah 'baby-baby'.
Alahai.
Aku dah tulis pasal rokok.Aku nak tulis pasal couple pulak.
Hmm, lumrahlah kita manusia nak berkasih-sayang. Monyet pun nak disayangi, apatah lagi kita manusia.
Tambahan pula, diorang ni masih kat alam remaja. Alam yang semuanya nampak patut dicuba.
Kalau dah bercinta tu, semua kebetulan kita nampak macam suratan.
Aku tak terkecuali daripada melalui semua tu. Sampai sekarang aku masih simpan 'khazanah' cinta monyet aku zaman sekolah dulu.
Biasalah, dulu duduk asrama mana boleh bawak handphone. Jadi suratlah jadi pengantara. Penuh surat-surat cinta satu fail. Haha.
Tapi kami pandai cover line. Tak ramai yang tahu. Yang tahu pun takda bukti. Sebab jarang sangat kami ber'dating' ni. Adalah juga, tapi jarang sangat.
Tutup kisah...
Ending kisah cinta monyet tu tak ke mana-manapun. Habis SPM, aku broke up dengan dia.
Akhirnya dia dah kahwin dengan orang lain dah last year.
Semoga Allah ampunkan dosa aku dan dia.
Kalaulah masa boleh diputar kembali, aku taknak terlibat dengan cinta monyet. Dosa itu sangat menyakitkan.
Dosa akan jadi hantu walaupun kau menyesal.
Sekarang bila aku fikir pasal jodoh, aku nak sangat isteri aku nanti orang yang tak pernah bercinta monyet dengan orang lain. Yang tak semudah itu melafazkan sayang pada orang lain. apatah lagi 'berbaby-baby' dengan orang lain. Suci zahir dan batin.
Tapi layakkah aku? Tuhan Maha Adil, akan disatukan pasangan suami isteri itu, setaraf ketaqwaannya.
Menyesalnya aku..
Dosa terus menjadi 'hantu'..
Akhirnya, aku terpaksa terima hakikat, aku tak akan dapat isteri yang macam aku nak tu. Aku redha jelah apa Tuhan dah takdirkan untuk aku.
Btw, tiada istilah terlambat buat mereka yang mahu bertaubat.
Plus, mahukan anda wahai lelaki, jika adik dan anak anda bersayang-sayang dengan orang lain? hish! aku taknak beb..
Buat adik-adik yang bercinta tu, cikgu tak akan halang korang, tapi cikgu hanya akan mengingatkan sahaja. Semuanya dah besar dan boleh pula berfikir.
Buat lelaki, tanggungjawab menjaga wanita itu terletak pada bahu kita. Perempuan hanya kena jaga seorang lelaki, tetapi lelaki kena jaga semua wanita.
Macam mana nak jaga?
Pertama, tundukkan pandangan. Melihat aurat mereka itu bermaksud kita mengkhianati mereka.
Kedua, jangan mudah melafazkan cinta dan sayang pada bukan isteri, kalau buat juga, bermakna kita merendah-rendahkan martabat wanita.
Ketiga, jika kita yang digoda wanita, takutkan Allah. Bertenang, ketuk lutut tu dan larilah. Haha..
tu jeee..bye
No comments:
Post a Comment