Assalamualaikum semua..
Untuk makluman, tempat kerja lama saya di Pusat Asasi IIUM di PJ kini sudah ditutup buat selama-lamanya. huhu. Kini, dengan rasminya saya sudah bertugas di IIUM Kuantan setelah Pusat Asasi IIUM dipindahkan ke sini.
Saya mohon maaf kalau terpaksa menolak tawaran mengajar home tuition dan juga pusat tuisyen di KL. Buat masa ini, saya akan berulang-alik ke KL setiap minggu kerana masih dalam pengajian saya di IIUM Gombak. Tapi, saya tak berani nak memenuhkan jadual saya di sana, risau juga kalau terlalu busy. Dan saya tidak boleh mengajar ketika weekend. Itu sahajalah masa saya bersama keluarga tercinta.
Namun, berita baik buat warga Kuantan! Saya bersedia mengambil mana-mana permintaan untuk home tuition di kawasan Kuantan (boring dowh malam-malam kat sini tak da life haha). Maklumat berkenaan home tuition boleh dilihat DI SINI!

Thursday, 25 January 2018
Tuesday, 2 January 2018
HOME TUITION PRINSIP AKAUN CIKGU FADZLY DI KUANTAN !
Anak anda bermasalah dalam subjek Prinsip Perakaunan?
SPM dah dekat tapi masih tak pandai buat akaun?
Anak anda tak pernah lulus dalan subjek Prinsip Perakaunan?
Atau anak anda fobia dengan subjek Prinsip Perakaunan?
Kini, Cikgu Fadzly sedang mencari pelajar baru bagi tahun 2017!
~ Terhad kepada 3 pelajar sahaja!
~ Belajar di rumah pelajar dengan pengawasan ibu bapa.
~ Fokus kepada teknik memahami soalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
~ Teknik pembelajaran 'connecting the dot' (memahami 1 topik dengan menggunakan topik yang lain).
~ Nota PERCUMA!
~ 2 jam seminggu.
** Hari dan Waktu **
~ Isnin-Jumaat (5pm - 10pm)
~ Hari minggu (Bergantung kepada pelajar)
** Kadar Yuran (Individu) **
~ RM50/jam
** Kadar Yuran (Kumpulan) **
~ Untuk mereka yang kurang berkemampuan Cikgu Fadzly menawarkan kadar yang lebih murah iaitu kelas secara berkumpulan. Yuran boleh dikongsi oleh pelajar-pelajar.
~ 2 orang (Seorang RM30/jam)
~ 3 orang (Seorang RM25/jam)
~ 4 orang (Seorang RM20/jam)
~ Maksimum 4 orang sahaja.
Hubungi 0132443447 (whatsapp atau call) dengan kadar segera! Pendaftaran akan ditutup sebaik jadual Cikgu Fadzly penuh
#Hometuition
#Prinsipakaun
#Cikgufadzly
![]() |
Seminar All Out SPM 2015 di sekitar Gombak |
![]() |
Seminar Akaun Saat Akhir SPM 2015 bersama Cikgu Fadzly. Di UIA. |
Fasa Baru Hidup
Lamanya tak blogging. Haha, aku teringat pasal blog ni pun sebab ada parent tanya pasal home tuition. Jadi aku post something lah ye.
Sekadar mahu berkongsi fasa baru dalam hidupku sekarang. 31 Disember 2017 yang lepas, dengan rasminya UIAM kampus PJ menutup pintu pagarnya buat selama-lamanya. Kampus itu akan diserahkan kembali kepada pemegang amanahnya. Jadi secara automatik, tempat kerja aku pun akan berpindah. Kini, di UIAM Kampus Kuantan. Kami akan menumpang di situ hinggalah kampus sendiri di Gambang siap dibina.
Beratnya hati menanggung beban perpindahan. Lebih 2 tahun bekerja di Gombak, akhirnya terpaksa akur dengan fitrah alam - tiada apa yang kekal, tiba masanya kita kena bergerak ke fasa kehidupan yang lain. Pada aku perpindahan ini adalah fasa hidup yang besar. Rumah baru pun dalam proses pindah milik. Paling berat aku terpaksa meninggalkan babe kailan (isteri aku) di UIAM Gombak. Untuk yang tak tahu, babe kailan masih menuntut di UIAM.
Memandangkan aku juga sedang menyambung pengajian di tempat sama, aku kena balik ke Gombak setiap minggu untuk hadir ke kelas. Rutin hidup yang agak memenatkan korang yang baca. Tapi aku lagilah penat. Haha. Tak apa penat itu diakar dengan kesabaran. InsyaAllah buahnya akan berhasil beberapa tahun dari sekarang.
Sentiasa tertanya-tanya apakah fasa seterusnya dalam hidupku. Adakah ia baik? atau buruk? Entahlah, Allah sahaja yang tahu. Tugas kita hanyalah melayari hidup ini mengikut kehendakNya, sentiasa berusaha, berdoa dan berserah bulat-bulat kepadaNya. Semoga 2018 ini memberi erti yang lebih bermakna buat hidupku, isteri dan keluarga.
Nak dapat baby maybe? haha Ameen3x
Goodnight!

Babe Kailan and me. Location: Kuliyyah ICT IIUM |

Tuesday, 22 August 2017
Saya Sedang Marah
Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu ke 10 bagi kami dari 14 minggu untuk satu semester. Sekadar nak kongsikan rasa marah dan pelik saya. Tapi saya tak tahu nak marah siapa sebenarnya.
Hari ini separuh murid kelas saya minta izin untuk keluar kelas awal dengan alasan mereka ada pertandingan dikir barat anjuran subjek English mereka semester ni. Siapalah yang tak marah, saya boleh dikatakan rushing untuk habiskan silibus untuk semester ni. Tiba-tiba separuh pelajar nak keluar kelas, jadi macam mana saya nak mengajar?
Memikirkan muka pelajar yang serba salah sebab cikgu mereka kelihatan kecewa, saya jadi kasihan kepada mereka. Mereka yang terperangkap dengan sistem ngeri ciptaan manusia yang tak berpandangan jauh. Bukan salah pelajar saya tapi salah manusia ni.
Pada saya tempat di mana saya mengajar sekarang berada dalam satu sistem yang pelik. Pelajar sains kemanusiaan contohnya kena belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan subjek2 dari department lain contohnya Pengajian Perniagaan, Pengenalan kepada Statistik, Thinking Skills, Social Studies, Islam and Religions in Malaysia. Itu tak termasuk subjek-subjek core dari department mereka sendiri.
Saya pernah bandingkan subjek yang diambil oleh pelajar tamhidi USIM, sangat ringkas dan mudah, kalau pelajar tu course agama semua subjek yang diambil berkaitan dengan course yang dia ambil sahaja. Pengkhususan adalah pada tahap yang baik. Yang kelakarnya di tempat saya mengajar, semua dipaksa untuk GOT (graduate on time) dalam masa setahun. Kesannya seorang pelajar akan ambil 7 atau 8 subjek untuk satu sem. Itu belum termasuk usrah yang diwajibkan lagi. Aduhai anak-anak muridku, kesian cikgu mengenangkan nasib kalian.
Ramailah yang mengadu mereka kepenatan. Kelas dari pukul 8 sampailah 6 petang. Sekolah dulu diorang ambil 10 subjek, tapi ada masa 2 tahun sebelum SPM. Sekolah pun paling lewat pukul 2 petang dah habis. Di asasi mereka hanya ada 3 bulan untuk belajar semua subjek. Dengar pun dah cukup meletihkan saya.
Tambahan pula, metode pembelajaran zaman ini telah berubah. Dulu zaman saya belajar di asasi, weight peperiksaan akhir adalah 60%. Maknanya tugasan dan quiz hanyalah 40%. Sekarang ni kebanyakan department dipaksa menjadikan peperiksaan akhir hanya 40%, itupun ada yang 30% je. Benda ni baik untuk pelajar, TETAPI ia akan menambahkan beban mereka untuk membuat tugasan. Sudahlah kelas sampai 6 petang, masa self-learning pastinya sudah berkurang, tugasan pula makin banyak, apa jadi kalau ambil 8 subjek? Gila!
Penilaian pensyarah ni boleh tahan hebatnya, kena buat coral speaking lah, dikir baratlah, tugasan luar, buat video, semuanya tugasan yang memerlukan pelajar ni untuk bekerja secara kumpulan. Rasanya ada masa ke pelajar-pelajar ni nak buat discussion tu semua? Ada amsa tak untuk mereka beriadah? Bersosial? Ada masa tak untuk mereka berpersatuan? bukankah itu juga metode untuk anak-anak ni belajar?
Inilah sistem yang dipelopori oleh 'diktator pendidikan'. Akhirnya mereka ini lunyai dibanting sistem ini. Situasi ni membawa saya untuk berfikir tentang satu soalan, adakah kita sedang mendidik insan atau sedang mencipta robot yang ada fungsi berganda? Kalau robot, tak menjadi bolehlah kita kaji dan cipta semula. Tapi sekiranya manusia? bolehkan kita buat u-turn kalau ada yang terdera mindanya dengan sistem ini?
Kita paksa mereka study semua benda tapi akhirnya satu pun mereka tak dapat belajar. Keletihan.
Saya harap kemarahan dan kepelikan saya ini ada asasnya. Dan saya berdoa agar pihak atasan universiti melihat dan mendengar masalah serta menambah baik sistem yang sedia ada ini.

Tuesday, 25 April 2017
"Mintak Maaf Sir"
Ada seorang murid ni, tiap-tiap minggu sebelum balik dia akan bersalam dan meminta maaf dari saya. Dia ni saya perhatikan agak misteri perwatakannya. Wajahnya menyimpan seribu persoalan yang saya tak boleh baca.
Suatu hati tu dia nampak sangat bingung. Setiap kali habis mengira dia mesti dapat jawapan yang salah. Dia ni malu bertanya, tapi saya selalu dapat agak apa yang dia malukan untuk bertanya itu. Adakalanya dia menulis sesuatu, sesuatu yang bukan saya ajar. Hatinya seakan memendam sesuatu yang saya tak tahu.
Sebelum balik dia salam dan cium tangan saya, "Sir, sorry sangat, saya dah lama tak study, tu yang saya blurr"
"Tak apa, tu benda biasa, jangan give up, masa masih ada untuk awak"
Suatu malam, saya mengajar tajuk pembubaran perkongsian. Tajuk ni agak rumit pada pelajar tapi yang menariknya ia tajuk kegemaran ramai pelajar saya. Dia ni agak minat dengan tajuk ni tapi maam biasa dia selalu bingung.
"Siapa dah siap boleh balik dulu ye". Ramailah yang balik awal. Awal 10 minit je.
Tepat 10.30 malam, "Okay guys, sambung kat rumah, thank you for coming, see you next week!"
Tapi murid seorang ni tak balik-balik. Dia gigih cari jawapan, dua tiga kali dia cuba akaun banknya tetap tak seimbang. Akhirnya saya tolong periksa dengan sabar, (padahal aku dah ngantuk nak balik, hahah) "awak tolak ni dengan ni, awak akan nampak salah awak kat mana"
Dan akhirnya dia bersorak puas sebab dapat jawapan. Penat sebulan belajar tajuk tu, soalan terakhir baru dapat jawapan sendiri. Saya pun senyum puas.
Malam ni "Sir sorry last week saya tak datang, saya datang dah sebenarnya tapi saya sampai 5 minit sebelum 10.30 malam" 5 minit sebelum kelas berakhir.
Katanya dia datang dari Pudu ke Ampang semata-mata nak datang kelas tuisyen. Naik LRT. Hampir setiap hari. Allah..
Semoga Allah memudahkan jalan ke syurga untuk adik ini. Dia gigih mengambil jalan susah untuk mencari ilmu.
Monday, 17 April 2017
Bagaimana Saya Menerapkan KBAT dalam Pengajaran Prinsip Perakaunan
Pernah dengar KBAT? Ataupun kadang-kadang orang panggil HOTS. KBAT ni bermaksud Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ataupun High Order Thinking Skills. Kita mulai mendengar terma ini sebelum pelaksanaan peperiksaan PT3 yang menggantikan PMR. Walaubagaimanapun, selepas 2 tahun pelaksaan PT3, KBAT juga diaplikasikan dalam SPM.

Kalau zaman saya mengambil SPM dahulu, sangat mudah nak 'score' SPM kerana 'pattern' soalan SPM saban tahun lebih kurang sama. Sampai satu tahap, cikgu-cikgu boleh meramal apakah soalan yang akan keluar dan ramalan mereka biasanya tepat. Maka ia memudahkan pelajar mencari taktik dan teknik menjawab dengan betul. Akhirnya wujudlah budaya HAFAL, EXAM & LUPA.
Situasi itu sangatlah tidak sihat dalam budaya pendidikan negara kerana ilmu yang dipelajari seharusnya menjadi pegangan pelajar bagi mendepani masa hadapan mereka bukannya digunakan ketika peperiksaan sahaja. Maka struktur peperiksaan dan soalannya dirombak sepenuhnya bagi mengelakkan budaya HEL itu berlaku. Kesannya, pelajar hafal macam mana pun dia tak akan mampu menjawab soalan kerana menghafal dan berfikir adalah dua benda yang berbeza. Justeru, usaha kerajaan ini saya sokong secara dasarnya.

Persoalannya adalah bagaimana kita mahu menerapkan KBAT ini dalam proses P&P? Amat malang sekali masih ada guru yang gagal memahami roh KBAT ini. Mereka masih kekal di takuk yang lama dengan menggunakan cara latih tubi. Mereka masih percaya sekiranya pelajar membuat soalan berulang-ulang kali, mereka akan ingat cara jawab soalan dengan betul. Walhal, tiada jaminan soalan SPM akan sama dengan soalan latih tubi itu.
Di dalam kelas saya, pelajar akan dikuatkan dengan asas perakaunan terlebih dahulu. Tanpa tapak yang kukuh dan 'piling' yang mendasar, bangunan akan runtuh walaupun dibina dengan besi tahan karat sekali pun. Begitu juga dengan pelajar, tanpa asas perakaunan yang kuat, bagilah latihan sebanyak mana pun, mereka tak akan faham apa yang mereka belajar. Tanpa kefahaman bermakna pelajar akn mula menghafal. Menghafal maknanya tiada KBAT diaplikasikan, ingat hukum ini.

Kedua, pelajar perlu dilatih untuk mengaitkan asas akaun yang ditanam di minda mereka dengan tajuk yang mereka sedang pelajari. Apabila mereka ada kebolehan ini, mereka akan faham kenapa catatan itu didebitkan dan dikreditkan. Di sinilah kemanisan belajar akaun akan dapat dirasakan pelajar.
Ketiga, pelajar perlu didedahkan dengan hubungan dan kaitan antara bab. Mereka perlu tahu bab Imbangan Duga ada kaitan dengan Lejar. Lejar pula ada hubungan dengan Buku Catatan Pertama. Sekiranya mereka nampak kaitan ini, proses pemahaman akan jadi lebih mudah. Pelajar akan lebih seronok belajar kerana mereka faham apa yang mereka nak dapatkan dengan belajar akaun.
Keempat, guru mesti mengaitkan pelajaran dengan isu-isu semasa ataupun bagaimana tajuk yang dipelajari diaplikasikan di dunia sebenar. Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk Syarikat Berhad, saya akan memberikan contoh syarikat berhad di Malaysia. Saya akan menceritakan serba sedikit tentang Bursa Malaysia dan tujuan seseorang melabur dalam syarikat berhad. Jangan terkejutlah kalau ada pelajar tak tahu Petronas tu adalah syarikat berhad, kerana mereka tak pernah diberitahu oleh cikgu yang hanya fokus mengajar cara menjawab soalan.

Guru-guru harus faham, dunia murid kita bukan hanya di kelas sahaja. Mereka juga seperti kita, menonton TV, bermain, membaca surat khabar dan berborak dengan kawan-kawan. Alangkah indahnya sekiranya murid-murid kita melalui kehidupan tersebut, pada masa yang sama apa yang dipelajari di kelas juga akan dikaitkan. Contohnya, mereka terbaca berita tentang hutang yang membelenggu syarikat milik kerajaan. mereka hanya akan berminat untuk membaca sekiranya mereka faham berita itu. Macam mana nak faham? Itulah kerja guru! Kaitkanlah pembelajaran tu dengan dunia luar, barulah murid kita akan 'triggered' untuk 'explore' lebih.
Di situlah KBAT akan diterapkan pada minda murid-murid kesayangan kita. Guru dulu perlu ada KBAT. Baru boleh 'mengKBATkan' anak murid.
Sekian untuk kali ini, entah bila saya akan menulis lagi. Haha.
Sunday, 15 March 2015
Maafkan aku terlanjur menyukaimu..
Walaupun hatimu dimiliki dia.
Namun tak akan ku menyerah..
Demi bahagianya hidupmu.
Maafkan aku bidadari syurga..
Aku memilih bencimu daripada bahagiaku.
Aku percaya cintamu milik Tuhan..
Akan datang bila tiba waktunya.
Oh Tuhan, cintaMu dambaanku..
Dari segala isi dunia.
Engkau tahu apa di hatiku..
Izinkan aku memiliki cintanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)