Assalamualaikum semua..
Untuk makluman, tempat kerja lama saya di Pusat Asasi IIUM di PJ kini sudah ditutup buat selama-lamanya. huhu. Kini, dengan rasminya saya sudah bertugas di IIUM Kuantan setelah Pusat Asasi IIUM dipindahkan ke sini.
Saya mohon maaf kalau terpaksa menolak tawaran mengajar home tuition dan juga pusat tuisyen di KL. Buat masa ini, saya akan berulang-alik ke KL setiap minggu kerana masih dalam pengajian saya di IIUM Gombak. Tapi, saya tak berani nak memenuhkan jadual saya di sana, risau juga kalau terlalu busy. Dan saya tidak boleh mengajar ketika weekend. Itu sahajalah masa saya bersama keluarga tercinta.
Namun, berita baik buat warga Kuantan! Saya bersedia mengambil mana-mana permintaan untuk home tuition di kawasan Kuantan (boring dowh malam-malam kat sini tak da life haha). Maklumat berkenaan home tuition boleh dilihat DI SINI!
No comments:
Post a Comment