Tuesday, 22 August 2017

Saya Sedang Marah

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu ke 10 bagi kami dari 14 minggu untuk satu semester. Sekadar nak kongsikan rasa marah dan pelik saya. Tapi saya tak tahu nak marah siapa sebenarnya.

Hari ini separuh murid kelas saya minta izin untuk keluar kelas  awal dengan alasan mereka ada pertandingan dikir barat anjuran subjek English mereka semester ni. Siapalah yang tak marah, saya boleh dikatakan rushing untuk habiskan silibus untuk semester ni. Tiba-tiba separuh pelajar nak keluar kelas, jadi macam mana saya nak mengajar?

Memikirkan muka pelajar yang serba salah sebab cikgu mereka kelihatan kecewa, saya jadi kasihan kepada mereka. Mereka yang terperangkap dengan sistem ngeri ciptaan manusia yang tak berpandangan jauh. Bukan salah pelajar saya tapi salah manusia ni.

Pada saya tempat di mana saya mengajar sekarang berada dalam satu sistem yang pelik. Pelajar sains kemanusiaan contohnya kena belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan subjek2 dari department lain contohnya Pengajian Perniagaan, Pengenalan kepada Statistik, Thinking Skills, Social Studies, Islam and Religions in Malaysia. Itu tak termasuk subjek-subjek core dari department mereka sendiri.

Saya pernah bandingkan subjek yang diambil oleh pelajar tamhidi USIM, sangat ringkas dan mudah, kalau pelajar tu course agama semua subjek yang diambil berkaitan dengan course yang dia ambil sahaja. Pengkhususan adalah pada tahap yang baik. Yang kelakarnya di tempat saya mengajar, semua dipaksa untuk GOT (graduate on time) dalam masa setahun. Kesannya seorang pelajar akan ambil 7 atau 8 subjek untuk satu sem. Itu belum termasuk usrah yang diwajibkan lagi. Aduhai anak-anak muridku, kesian cikgu mengenangkan nasib kalian.

Ramailah yang mengadu mereka kepenatan. Kelas dari pukul 8 sampailah 6 petang. Sekolah dulu diorang ambil 10 subjek, tapi ada masa 2 tahun sebelum SPM. Sekolah pun paling lewat pukul 2 petang dah habis. Di asasi mereka hanya ada 3 bulan untuk belajar semua subjek. Dengar pun dah cukup meletihkan saya.

Tambahan pula, metode pembelajaran zaman ini telah berubah. Dulu zaman saya belajar di asasi, weight peperiksaan akhir adalah 60%. Maknanya tugasan dan quiz hanyalah 40%. Sekarang ni kebanyakan department dipaksa menjadikan peperiksaan akhir hanya 40%, itupun ada yang 30% je. Benda ni baik untuk pelajar, TETAPI ia akan menambahkan beban mereka untuk membuat tugasan. Sudahlah kelas sampai 6 petang, masa self-learning pastinya sudah berkurang, tugasan pula makin banyak, apa jadi kalau ambil 8 subjek? Gila!

Penilaian pensyarah ni boleh tahan hebatnya, kena buat coral speaking lah, dikir baratlah, tugasan luar, buat video, semuanya tugasan yang memerlukan pelajar ni untuk bekerja secara kumpulan. Rasanya ada masa ke pelajar-pelajar ni nak buat discussion tu semua? Ada amsa tak untuk mereka beriadah? Bersosial? Ada masa tak untuk mereka berpersatuan? bukankah itu juga metode untuk anak-anak ni belajar?

Inilah sistem yang dipelopori oleh 'diktator pendidikan'. Akhirnya mereka ini lunyai dibanting sistem ini. Situasi ni membawa saya untuk berfikir tentang satu soalan, adakah kita sedang mendidik insan atau sedang mencipta robot yang ada fungsi berganda? Kalau robot, tak menjadi bolehlah kita kaji dan cipta semula. Tapi sekiranya manusia? bolehkan kita buat u-turn kalau ada yang terdera mindanya dengan sistem ini?

Kita paksa mereka study semua benda tapi akhirnya satu pun mereka tak dapat belajar. Keletihan.
Saya harap kemarahan dan kepelikan saya ini ada asasnya. Dan saya berdoa agar pihak atasan universiti melihat dan mendengar masalah serta menambah baik sistem yang sedia ada ini.

No comments:

Post a Comment