Tuesday, 2 January 2018

Fasa Baru Hidup

Lamanya tak blogging. Haha, aku teringat pasal blog ni pun sebab ada parent tanya pasal home tuition. Jadi aku post something lah ye.

Sekadar mahu berkongsi fasa baru dalam hidupku sekarang. 31 Disember 2017 yang lepas, dengan rasminya UIAM kampus PJ menutup pintu pagarnya buat selama-lamanya. Kampus itu akan diserahkan kembali kepada pemegang amanahnya.  Jadi secara automatik, tempat kerja aku pun akan berpindah. Kini, di UIAM Kampus Kuantan. Kami akan menumpang di situ hinggalah kampus sendiri di Gambang siap dibina.

Beratnya hati menanggung beban perpindahan.  Lebih 2 tahun bekerja di Gombak, akhirnya terpaksa akur dengan fitrah alam - tiada apa yang kekal, tiba masanya kita kena bergerak ke fasa kehidupan yang lain. Pada aku perpindahan ini adalah fasa hidup yang besar. Rumah baru pun dalam proses pindah milik. Paling berat aku terpaksa meninggalkan babe kailan (isteri aku) di UIAM Gombak. Untuk yang tak tahu, babe kailan masih menuntut di UIAM.

Babe Kailan and me. Location: Kuliyyah ICT IIUM


Memandangkan aku juga sedang menyambung pengajian di tempat sama, aku kena balik ke Gombak setiap minggu untuk hadir ke kelas. Rutin hidup yang agak memenatkan korang yang baca. Tapi aku lagilah penat. Haha. Tak apa penat itu diakar dengan kesabaran. InsyaAllah buahnya akan berhasil beberapa tahun dari sekarang.

Sentiasa tertanya-tanya apakah fasa seterusnya dalam hidupku. Adakah ia baik? atau buruk? Entahlah, Allah sahaja yang tahu. Tugas kita hanyalah melayari hidup ini mengikut kehendakNya, sentiasa berusaha, berdoa dan berserah bulat-bulat kepadaNya.  Semoga 2018 ini memberi erti yang lebih bermakna buat hidupku, isteri dan keluarga.

Nak dapat baby maybe? haha Ameen3x

Goodnight!

No comments:

Post a Comment