Pernah tak kau alami benda ni?
Kau ada kerja yang sangat banyak, tapi dia punya banyak sampai kau tak boleh nak buat apa-apa dah.
Haha itulah benda yang aku sedang alami.
Hari ni prof nak tengok progress tugasan statistik. Tapi aku, software SPSS tu pun aku tak ada dalam laptop. Selepas buat refleksi, sebenarnya salah sendiri, adalah beberapa faktor yang menyebabkan momentum kerajinan aku hilang.
Tiba-tiba, aku teringat ustaz ni cakap:
Hanya Allah dan dekat denganNya akan buat kita jadi bersemangat. Kalau nak kembalikan semangat tu, dekat-dekatkan diri dengan Dia.
Dan aku audit semula diri aku, apa yang menyebabkan aku makin jauh, barangkali. Banyak sangat dosa yang kita buat tanpa kita sedari.
Allah..
Suatu tahap kealpaan paling hebat ialah apabila kita tak rasa apa-apa ketika buat dosa. Istighfar.
Ya, itulah faktor utama.
Beza orang Islam dengan bukan Islam ialah, orang Islam perlukan Allah untuk jadi kuat. Semoga aku tak lari dari Allah dan thabat dalam jalan ini.
Resolusinya, aku tengah buat jadual yang ketat mulai malam ni untuk kejar balik 'mutiara' yang dah hilang. Kau pun kena ada resolusi sendiri.
p/s Esok hari Jumaat, hari untuk mempertingkat taqwa.
Kirim salam kat atuk
ReplyDelete