Kesibukan yang men'tsunami'kan jadual hidup aku membuatkan blog ini usang berhabuk. Maaf readers..itupun kalau ada readers. hehe
Banyak perkara yang berlaku sebulan dua ini..
Banyak yang aku nak cerita, harapkan Allah memberikan aku kesempatan dan keberkatan masa..
Baru-baru ni, aku dan cikgu-cikgu lain organize satu program yang dipanggil Kem Inspirasi Kemanusiaan. Tujuan kem ini adalah untuk mengentalkan semangat anak-anak murid kami yang sedia lemah itu. Jungle trekking pun menangis, night walk je melalak, kena denda sikit je teresak-esak.
Adik-adik ini perlu disediakan untuk agama dan ummah..
Dalam ramai-ramai tu ada juga yang mengelat, tak datang program pun. Aku rasa terkilan. Berbulan-bulan mesyuarat, kena marah dengan pengetua, meleleh air mata cikgu, menahan mengantuk yang perit semata-mata nak mereka pergi kem. End up ada yang tak datang pun. God bless them all. Ameen.
Malam terakhir, selepas night walk, kami guru-guru sepakat, mereka ini perlu diberi pengajaran. Mereka mudah lupa, yang guru harus terus menjadi guru. Terima kasih pegawai JPAM yang bantu kami.
Aku sebenarnya tak sampai hati bila tengok mereka dimarah-marah macam tu. Akhirnya, Ustaz Mus berbisik juga kat pegawai JPAM untuk lepaskan mereka.
By the way, itu adalah program terakhir aku di SMI Safinatun Najah. Mulai 6 Jun 2014, aku bukan lagi guru di sana. Ramai yang terkejut, hari terakhir kem, heboh yang Cikgu Fadzly nak berhenti. Ramai juga yang jumpa aku minta maaf dan sebagainya. Tak kurang juga yang pujuk agar keputusan itu dibatalkan.
"Adik-adik, maafkan cikgu. Keputusan cikgu ini untuk kebaikan semua. Kalau cikgu teruskan juga mengajar di sini, bererti cikgu telah menafikan hak kalian dan cikgu-cikgu lain"
Terkial-kial aku menaip surat perletakan jawatan. aku lelah menghabiskan tugasan pengajian aku. Nak fokus belajar, pada masa sama nak bersedia untuk mengajar. Tusyen lagi. Belum kira sekolah ada program lagi.. Aku merasakan kehadiran aku menyusahkan guru-guru lain. Anak murid juga menjadi mangsa kesibukan aku. Kesian mereka.
Selamat tinggal Safinah..
Akan ku rindukan..
Asri yang blurr memanjang..
Hakim yang bajet kacak..
Harith yang pendiam..
Abu Dzar si natural speaker..
Malyana yang senyum manis..
Basyirah yang suka melawan manja..
Safwah yang tekun..
Ilham yang suka membantu..
Aisar yang misteri..
Arraqib yang baru sebulan aku kenali...
Selamat tinggal Safinah..
Tak akan ku lupakan..
Saifullah yang suka menyanyi..
Fahim yang suka dipuji..
Aizat yang paling rapat dengan aku..
Rahman yang degil..
Aina yang bijak..
Hanna yang suka ekonomi..
Luqman yang hormat guru..
Haikal yang suka berkhayal..
Rizwan yang soleh..
Terima kasih..
Rakan-rakan guru, murid-murid lain, cleaner, kak Jamilah dan pentadbir sekolah..
Semoga hubungan ini kekal...Amin
berapa rating gaji di safinatun najah??...kalau xkeberatan...boleh saya tahu
ReplyDeleteaduh sakit kepala hahaha
ReplyDeleteHai bajet kacak
Delete