Hari semalam banyak peristiwa yang berlaku di sekolah.. satu daripadanya ialah peristiwa ini...
Prangggggg!!! Aku yang tengah study kat bilik guru terkejut. Dalam hati "Ya Allah, apa yang jadi ni?"
Aku terfikir yang buruk-buruk berlaku. Lantas kami bergegas meninjau ke bawah. Aku nampak Aizat dengan Rizwan.. Hakim tengah duduk dengan muka merah..
Kes gaduh yang tak perlulah diceritakan..
Berdarah tangan budak tu.. dinding cermin ditumbuk sebagai tanda dia marah.
Kenapa tak tumbuk dinding batu kalau nak tunjuk kuat? Dia tau batu tak boleh pecah. Tapi cermin lagi senang jadi objek yang boleh jadi bukti dia kuat.
Menggigil aku tengok darah. Kononnya nak tolong balut luka.. tapi tiba-tiba ilmu PBSM hilang..
Hati jadi sebak...
"Aku mungkin berjaya bagi A, tapi masih gagal mengajar mereka mengawal emosi.."
Sampai ke petang aku hilang mood yang baik...
Persoalan 'kenapa' masih bermain-main di kepala...
Kenapa kerana hal kecil, persahabatan digadaikan..emosi dilantik jadi tuan.. akhirnya yang tergadai adalah badan..
Tapi budak-budak tak pernah fikir panjang....
No comments:
Post a Comment