Wednesday, 26 March 2014

Dari Meja Presiden

Hari-hari yang aku lalui kini, kian berbeza dangan hari-hari yang lepas.. Maaf kalau aku kurang menulis pada blog daif ini...(ceh, macamlaa ramai sangat viewer)

Malam ni, aku dapat private message daripada seorang sister dari AKHI Club. Beliau minta aku, Abang Ikhmal, Abang Lutfi dan Along  tuliskan testimoni mengenai kelab. Alasannya, kami keluaran terbaik kelab.

Aduh, malu... Kita nampak baik, sebab Allah masih lagi mahu tutup aib kita.. Cuba Allah bocorkan aib tu sebesar lubang jarum je, cerita baik sebelum ni akan berlagu aneh. Yang wangi bertukar busuk. Yang putih jadi hitam. Thank you Allah...

Tiba-tiba, rindu kepada AKHI Club. Dulu, riuh rendah adik-adik menjadi halwa telinga saban minggu. Mesyuarat kelab akan diadakan setiap Rabu malam Khamis. Sempat juga kami berusrah dan hang-out bersama-sama. Kini, masa itu sudah tiada lagi.. zaman berubah bagaikan dasar lautan Hindi..hehe

Aku usha-usha blog AKHI.. masih ada lagi tulisan aku kat blog tu. Setahun jadi Presiden, tiga post je yang aku mampu.. Aku baca balik tulisan aku tu, semuanya bertanda 'Dari meja Presiden'... terukir kenangan lama..

Aku nak quote balik, apa yang aku tulis..

"Tiada sedih buat mereka yang sabar.. Tiada penat buat mereka yang ikhlas..Tiada duka buat mereka yang bertawakkal" ~Cikgu Fadzly

"Kadang-kadang, oleh kerana diuji dengan sebanyak-banyak kemewahan kita jadi tidak pernah terfikir ada orang yang sangat-sangat diuji oleh kesusahan" ~Cikgu Fadzly

"Bukankah semakin kuat iman seseorang itu, semakin berat ujian yang Allah akan berikan kepada mereka? Oh Tuhanku, apakah iman ini terlampau lemah hingga tidak terasa Engkau sedang mengujiku?"~Cikgu Fadzly

"Walaupun usaha dan sumbangan kita tidak banyak, namun kita kena buat yang terbaik kepada orang lain.  Selagi kita mampu, selagi nyawa masih ada.  Pulangkan kembali apa yang Allah dah bagi kepada kita"~Cikgu Fadzly

"Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi sebahagian dalam hidup kita,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi kenangan kepada kita dan orang lain,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan memberi kesan ke dalam jiwa kita dan hati orang lain,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi cerita kepada generasi kita." ~Cikgu Fadzly

 "Environment is everything that was not you, learn from them." ~quoted

Semoga ada manfaat..byeee

No comments:

Post a Comment