Semalam, tamatlah spekulasi cikgu Fadzly nak berhenti kerja. Mungkin aku ni jenis orang yang terlalu expose di media sosial, semua pelajar di sekolah dengar yang aku nak sambung master, jadi diorang come out with conclusion yang aku akan resign tak lama lagi.
I am not saying I am the best teacher or the most beloved teacher at my school, tapi ramailah juga yang berbisik-bisik dengan aku. "cikgu nak berhenti ke? janganlah berhenti, sapa nak ajar kteorang lagi"
"Cikgu, sebab ada cikgulah saya rasa berbaloi lagi belajar kat safinah ni"
Ustaz-ustaz pun banyak yang tanya. Aku cuma cakap yang aku tengah fikir je. Belum ambil keputusan.
Oh, I am so touched!
"Sabarlah, saya belum decide lagi, cikgu tengah fikir-fikir lagi" Masih terlalu awal untuk menafikan, maka aku diamkan je.
Seorang guru, tak boleh selfish, kena utamakan murid dulu.
Semalam Encik Amru panggil aku, suruh sign kontrak baru. Alhamdulillah gaji naik sikit walaupun tak banyak. Aku redha je. Harapnya Allah bagi aku kekuatan.
Secara kasarnya, jadual aku dah penuh.
Isnin ke Jumaat aku di sekolah dari 8 pagi ke 4 petang.
Setiap petang sampai malam aku ada tuition except Wednesday I has not.
Lepas ni, Sabtu dan Ahad aku ada kelas for my master. Bila aku nak rehat? Bila aku nak buat assignment? Bila aku nak prepare kelas.
Aku cuma bimbang akan kualiti kerja aku je. Sebab tu, idea untuk berhenti kerja tu timbul.
Tak mengapalah, semoga Allah bagi kekuatan luar biasa untuk aku. 2 tahun ni je k.
Mohon doa anda..
Chaiiyook!
No comments:
Post a Comment