Thursday, 20 February 2014

Padan Muka Kau

"Cikgu, kenapa tak sediakan jadual? kalau ada, senang sikit kami buat jawapan" Seorang student tanya aku. Pastinya Melayu!

"Hei! dasar bangsa subsidi, semua nak orang bagi" Jawab aku pedas. Tapi masih kekal nada gurauannya.

"Pergh! ayat dia tak boleh blaa,hehe" budak lagi sorang menyampuk. Aku senyum je.

Selang beberapa minit.....

"Cikgu! ada kertas kosong tak? takda ruang laa kat kertas ni" sabar jelaa budak zaman sekarang. Datang kelas bawak beg dan otak kosong je. Semua nak kena bagi.

"Hei Melayu ni, semua nak orang bagi. Tak nak usaha sendiri ke?" haha

"Cikgu ni kutuk Melayu je, cikgu Melayu juga kan?" tengok tu, melawan je keje.

"Habis awak nak tunggu Samy Vellu ke tegur awak? Cina yang mana nak tegur sikap orang Melayu? Mestilah saya yang Melayu ni yang tegur awak"

"Yelaa cikgu, cikgu menang" Mestilah aku yang menang! haha.

Selepas satu jam...kelas dah nak habis...

Aku ajar diorang persamaan perakaunan, in which the final answer must be balance at debit side and credit side..

"Cikgu! tak balance laaa" Seorang lagi mengadu.

"Mesti cikgu ajar salah" gurau seorang lagi, yang lain ketawa.

Aku tenang..tenanglaa sangat haha.

"Kira balik, mesti salah kira tu"

"Aah laaa dapat jawapan, tadi salah kira" Tersipu-sipu malu. Dia yang salah, salahkan kita salah ajar.

"Haaa kan dapat! dia tak pandai menari, salahkan lantai bergoyang-goyang" Sindir aku.

Kahkahkah, semua terbahak ketawa.

"Perghh ayat dia pedas siot!"

Moral of the story, aku ni memang kadang-kadang sangat sacarstic. Aku tak suka marah orang, tapi aku suka sindir je, tapi dengan nada gembiralah. Maaf kalau terasa, memang nak bagi rasa pun. Hehe

Nunaittt, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment