Kau tahu? Terdengar berita-berita buruk pasal anak murid adalah benda yang sangat mengecewakan. Kekecewaan sangat memenatkan dan mampu menambah kedut di muka. Haha.
"Cikgu, saya tengok cikgu macam stress je?" Abu Dzar tanya aku lepas mengaji tadi.
"Korang nakal sangat, cikgu stress lah. Cuba tengok, hari-hari Ustaz Mus dok kejar masalah korang. Saya ni tak suka tengok orang marah-marah, saya jadi stress"
Ok, stress tak boleh tunjuk sangat. Kita kena tunjuk kita happy all the time. =)
Balik kerja lewat sikit, sebab ada meeting kelab sampai 4.30 petang. Balik je jalan dah congested, plus hujan lagi. Rancangnya nak joging kat titiwangsa. Exercise ni bagus untuk kurangkan tekanan. Tapi tak jadi sebab hujan.
Punyalah penat, sampai rumah je aku dah dok fikir perlukah aku berhenti kerja kat sekolah ni? Kadang-kadang aku penat dengan kerja-kerja sampingan ang aku kena buat. Aku tak fokus pada tugas utama aku. Mengajar pastinya.
Lagipun, start 22hb Februari ni aku dah sambung belajar semula. Mana ada masa nak buat research, assignment dan lain-lain tu.
Hmm, tangan menari-nari pada keyboard, tweet dihantar:
Kena buat decision mengenai kerjaya sekarang..berhenti atau teruskan?
Aizat reply:
teruskan cikgu nnti sapa nk ajar math n science --' cikgu kene stay !
Aku reply:
math cg huzai ada..sains cg izzat pon ada..sy bru nak fikir..doakan yg terbaik utk semua
Aizat reply:
hmm dua2 orng yg cikgu ckp tu membosankan --' cikgu jelah yg jadi n mengajar kita orng xyahh ahh berhenti
Stop conversation...
Rizqan menyibuk..
Berhenti
Aku reply:
tq atas cadangan
Rizqan reply:
Tp jangan berhenti sebelom spm
Aizat ni murid sekolah, rizqan murid kat tuisyen.
Hmm dah tentulah aku tak boleh berhenti. Murid-murid sumber kekuatan. Merekalah keutamaan. Lebih daripada kepentingan sendiri. Oh Allah, please make ease for me. Amin.
Aku bercadang nak minta kerja part-time je. No more tugas sebagai kerani, cikgu kokurikulum atau pembantu tadika. Aku kena datang waktu kelas je. Jadi aku boleh fokus pada pembelajaran aku. Tapi masih lagi pada peringkat cadangan. Berhenti kerja bukan pilihan setakat ni.
Aku hairan dengar cerita lama yang cikgu tu hantar notis satu hari untuk berhenti kerja. Semata-mata sebab tak puas hati dengan management. Gila.
Kau fikir perut kau je, anak murid kau nak campak ke mana?
Gelaran ustaz tu terlalu mulia untuk diletak pada orang bodoh.
Aku tak nak jadi guru biasa, aku nak jadi guru luar biasa.
I want to be weak, but, indeed I have to be strong...
Bababaii...
No comments:
Post a Comment