Saturday, 1 March 2014

Jangan Cepat Menghukum, Nanti Tersalah Hukum

Budak ni datang ke sekolah, dengan tujuan mahu mencedok sedikit ilmu daripada guru-guru..

Mungkin ada yang dipaksa ibu bapa ke sekolah untuk memuaskan hati mereka. Mereka juga mahu rasa memiliki anak yang berjaya.

Tapi jauh di sudut hati budak ni, dia mahu jadi orang yang baik-baik...

Memang itulah rukun ke sekolah, harus ada nawaitu "aku nak jadi orang baik"

Periksa diri, koreksi hati, jika tiada nawaitu semulia itu, janganlah ke sekolah. Kita hanya jadi bencana kepada orang lain.


Guru, kami sudah hilang kuasa merotan. Arahkan murid berdiri pun tidak boleh. Ketuk ketampi pun katanya jangan. Menteri kata guru kena jadi penyayang. Jika sebelum ini, kasih guru dizahirkan pada urat-urat rotan itu. Tapi kini, didikan hanya boleh guna mulut sahaja. Bahkan aku dengar ada pekeliling mengarahkan guru tidak boleh membebel terlalu lama.

Kami tiada pilihan, kadang-kadang aku cuma ada pilihan untuk 'mendera' psychology mereka. "Awak tak buat kerja rumah, cikgu bagi awak pilihan, awak keluar dari kelas ni atau cikgu yang keluar"

Terkedek-kedek budak tu membuat tugasannya. Siap juga walau hasilnya tak seberapa.

Mereka mahu jadi baik. Terlalu cepat menghukum hanya memberi ruang kepada mereka melakukan perkara 'lain'.

Gantung sekolah misalnya. Dimanakah logik pelajar yang baru sebulan sekolah di sini dihukum gantung selama dua minggu kerana merokok? Seolah-olah kita bagi mereka peluang untk merokok dengan lebih banyak lagi. Guru jangan cepat menghukum.

Sekali-sekala mereka perlu untuk membuat kesalahan. Agar mereka boleh belajar daripada kesilapan itu. Bagi mereka ruang secukupnya untuk belajar erti hidup.

"Ah, mereka nak merokok di luar? biarkan sahaja. Itu bukan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita di sekolah"

Guru, tugas kita ialah kita kena selamatkan budak itu di dunia dan akhirat. Bukannya hanya di sekolah. Malulah kita, guru cakap macam tu.

Budak itu terpinga-pinga. "Eh aku baru sekali dua diberi amaran, tiada kaunseling, tiada bimbingan, mengapa aku dibuang sekolah?"

Budak itu nak jadi baik. Beri dia masa dan ruang..

daaaaaa


No comments:

Post a Comment